..LibERaL gurLz dAn uStAZ....
Liberal Gurlz : “Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”
Ustaz : “Ok silakan……what you want to know…”
Liberal Gurlz : “Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?
Ustaz : “Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!
Liberal Gurlz : “No no no ustaz you ‘re really wrong… pakaian tak
melambangkan perangai dan tingkahlaku…. kalau ustaz nak tahu….ramai
perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya
mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik
tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”
Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat… dosa tidak menutup aurat
adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat
itu akan membuka pintu kepada zina”
Liberal gurlz : “Ha ha ha
ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah
zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan
akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu
buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”
Ustaz : “Hai….macam perli saya aje ni….?”
Liberal Gurlz : “Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya
ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”
Ustaz : “Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah
banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga
kehormatan mereka”
Liberal Gurlz : “Habis tu ustaz…salah orang
perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut
kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”
Ustaz : "Bukan itu
maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya
tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki
cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah
dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….
“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk
melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya
sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan
lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan
berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah
syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan
berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”
Liberal Gurlz : “Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan
dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak
lelaki”
Ustaz : “Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang
wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan
dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam
a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang
mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka
duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih
sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”
“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya
menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta
namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya
dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama
dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”
Liberal Gurlz :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya
tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara
mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak
bertudung ni….?”
Ustaz : “Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung
jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!....menutup aurat itu perintah
Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita
tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu
jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang
jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya
akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita
tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di
dalam neraka…..!!”
Liberal Gurlz : “Baiklah ustaz…mungkin
tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah
faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia
baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong
orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka
mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka
cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”
Ustaz : “Saya faham
maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun
dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan
mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw
pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti
apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang
dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan
dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika
tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita
mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada
lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak
matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga
kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita
ke dalam neraka.”
“Adapun perempuan yang bertudung…dia
terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang
lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu
dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab
diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang
dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa
orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan
oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”
Liberal Gurlz : “Oh ye
ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang
bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the
liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat
dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah
sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar
baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”
Ustaz : “Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi
kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh
ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta
…kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak
sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila
tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh
hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t
make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan
hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita
kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai
tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai
ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”
“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon
suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak
kahwin jawabnya”
Liberal Gurlz : “Hu huh u ustaz…gerun saya
dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang
dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita
dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya
akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan
senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya
“The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya
berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk
saya…mau menangis saya nanti…..”
Ustaz : “Biarlah kita menangis
di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di
akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”
Liberal Gurlz : “Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima
kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah
mengampunkan dosa saya…..”
Ustaz : “Insyaallah semoga Allah
berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih
baik……..saya akan doakan…..!!”
smm panel
BalasPadamSMM PANEL
iş ilanları
instagram takipçi satın al
hirdavatciburada.com
beyazesyateknikservisi.com.tr
servis
tiktok jeton hilesi