Sabtu, 2 November 2013

...Mak KaU lA rAtU HaTIKu,........ ^_^

BODOHKAH IBUKU ANDAINYA TIADA IJAZAH,MASTER @ PHD??

Hari itu cikgu Mila, guru mata pelajaran bahasa melayu meminta murid-murid tahun 3 Ehsan, berkongsi pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas.

Tiba giliran Halim, dia berasa sedikit gementar untuk kehadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Ini adalah pertama kali Halim diminta berbuat demikian.

Sebelum itu, sudah ada tujuh orang anak murid lain yang telah pun berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebgai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam- macam lah! Semuanya pun hebat-hebat belaka.

" Assalamualaikum kawan- kawan. Erm..Erm..., saya nak kongsi dengan kawan-kawan, tapi pekerjaan ibu saya je kot, sebab bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah ! lagi."

Pendedahan Halim itu disambut denagan 'Oooohh' dan Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Halim menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan meramas-ramas tangannya.

"Tapi... dulu.... dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam cikgu Mila jugak!" sambil tersenyum kearah cikgu Mila.

Cikgu Mila hanya tersenyum manis mendengar kata-kata Halim itu.

"Ibu..... Ibu saya dulu jadi surirumah sepenuh masa, masa ayah saya ada dulu. Tapi sekarang ni, dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih.." terus pandang ke lantai.

Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengar cerita Halim.

"Syaifuddin! kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Halim di depan tu!" Cikgu Mila dengan tegasnya menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.

"Eh! Takde apa cikgu. Maaf cikgu." sambil mengukir senyuman sinis yang menjengkelkan kearah Halim.

Hati Halim tiba-tiba panas. Kepalanya tidak semena-mena berpuluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar.

Tiba-tiba...  "Cikgu, izinkan saya bertanya Syaifuddin kenapa die ketawa sebentar tadi?" Cikgu Mila mengangguk tanda setuju.

"Syaifuddin, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke dengan pekerjaan mak aku?"

Syaifuddin bangun dengan gaya yang penuh angkuh, sambil berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Halim.

"Hehehe... Bukan apa la kan, mak orang lain semua kerja hebat-hebat. Semua belajar tinggi-tinggi, termasuk lah mak aku, seorang businesswomen yang berjaya. Tiba giliran mak kau... hehehe.."

Terkejut Cikgu Mila mendengar kata-kata Syaifuddin yang penuh selamba itu. Halim menggenggam tangannya dengan penuh kemarahan dan seperti tidak percaya.

"Oh ye..? dengar baik-baik aku nak bagitahu kau sesuatu.."

"Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah."

"Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok."

"Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku."

"Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah."

"Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi."

"Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti diluar pagar."

"Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim."

"Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur."

"Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku."

"Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. dan kami bahagia!"

"kau ada..??"

Tergamam cikgu Mila. Terkesima seluruh kelas.

Pucat muka Syaifuddin. Setitis demi setitis air matanye jatuh ke pipi..

############################################################

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknmya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup sanggup berpenat lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan,

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski pun si anak tidak pernah menghargai erti doa seorang ibu.

Dan seorang ibu itu 'bodoh' karana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup'

Meskipun si ibu itu nampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, Syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!..

Mak... engkaulah RATU HATIKU>>> ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan